Pos Kanada
Pos Kanada

Pos Kanada

Perbadanan Pos Kanada (Perancis: Société canadienne des postes; Inggeris: Canada Post Corporation), didagangkan sebagai Pos Kanada (Perancis: Postes Canada; Inggeris: Canada Post) ialah perbadanan mahkota yang berfungsi sebagai badan pengendalian pos utama di Kanada. Asalnya dikenali sebagai Mel Diraja Kanada, penjenamaan semula dilakukan dengan nama "Pos Kanada" pada akhir tahun 1960-an, walaupun badan tersebut belum dipisahkan daripada kerajaan. Pada 16 Oktober 1981, Akta Perbadanan Pos Kanada berkuat kuasa, dan ini menghapuskan Jabatan Pejabat Pos dan mengadakan perbadanan mahkota seperti sekarang yang menyediakan perkhidmatan pos.[5] Akta itu bertujuan untuk menetapkan arah tuju baru bagi perkhidmatan pos dengan memastikan keselamatan dan kebebasan kewangan perkhidmatan tersebut.[6]Pos Kanada memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 16 juta alamat dan mengirim hampir 8.4 bilion barangan pada 2016 dan hasil gabungan daripada operasi mencecah $7.88 bilion.[4] Penghantaran dilakukan melalui perkhidmatan tradisional "ke pintu" dan penghantaran berpusat oleh 25 ribu penghantar surat melalui 13 ribu armada kenderaan. Terdapat lebih daripada 6,200 pejabat pos di seluruh negara, yang menggabungkan pejabat korporat dan francais swasta yang dikendalikan oleh pihak peruncit seperti kedai ubat. Dari segi kawasan, Pos Kanada memberikan perkhidmatan yang lebih meluas berbanding perkhidmatan serupa di negara lain, termasuklah Rusia (di mana perkhidmatan di Siberia terhad kepada masyarakat di sepanjang landasan kereta api). Sehingga tahun 2004, hampir 843 ribu pelanggan Kanada di luar bandar menerima perkhidmatan penghantaran surat kediaman.[7]

Pos Kanada

Industri Perkhidmatan pos, kiriman cepat
Pendapatan bersih $144 juta[3] (2017)
Laman web rasmi www.canadapost.ca
Bilangan kakitangan 64,000[4]
Anak syarikat Purolator Inc. (91%)
Tokoh penting
  • Doug Ettinger
    (Presiden & CEO)
  • Anita Anand (Menteri)
  • Jessica L. McDonald (Pengerusi Lembaga)
Ibu pejabat 2701 Riverside Drive[1]
Ottawa, Ontario K1A 0B1
Keluaran Kiriman cepat
Penghantaran barang muatan
Logistik
Ditubuhkan 1 Julai 1867; 153 tahun yang lalu (1867-07-01) (sebagai Mel Diraja Kanada)
Hasil $8.2 bilion[2] (2017)
Jenis Perbadanan mahkota
Nama asal Société canadienne des postes
Canada Post Corporation

Rujukan

WikiPedia: Pos Kanada http://www.laws.justice.gc.ca/eng/acts/C-10/ http://www.laws.justice.gc.ca/eng/acts/C-10/page-2... http://www.canada.com/ottawacitizen/news/story.htm... https://www.canadapost.ca/ https://www.canadapost.ca https://www.canadapost.ca/assets/pdf/aboutus/finan... https://www.canadapost.ca/cpo/mr/assets/pdf/busine... https://www.ctvnews.ca/business/canada-post-group-... https://www.msn.com/en-ca/money/topstories/david-o... https://web.archive.org/web/20140312225518/http://...